News

 

SMA Cyber Security Awareness Day On Dec 9

Posted on 05 Feb 2024
Source of News: SMA Press Release
KUCHING – Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan mengadakan fun run sempena dengan Bulan Inovasi Penjawat Awam yang bertemakan Hari Kesedaran Keselamatan Siber di Padang Merdeka pada 9 Disember 2023.

Larian terbabit merupakan platform untuk mendidik dan memperkasakan individu dengan pengetahuan dan kelengkapan yang diperlukan untuk mengendalikan dunia dalam talian secara selamat.

Acara ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan siber dalan era digital termasuk melindungi maklumat peribadi, keterjaminan aktiviti dalam talian dan memupuk budaya keselamatan siber.
Terdapat tiga kategori dalam larian ini iaitu 1.5km family walk, 3km fun run dan 5km fun run.

Orang ramai yang ingin menyertai fun run ini boleh mendaftar di www.gritevent.com/csar2023 dengan yuran penyertaan sebanyak RM10 setiap penyertaan.

Para peserta akan diberikan medal penyertaan dan baju t-shirt selain layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama ialah dron.

Turut diadakan ialah pameran dan seminar keselamatan siber daripada agensi yang terlibat seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), SAINS, S Pay Global dan lain-lain.